CCT Biotech

Raja Kulat Khasiat Perubatan

Pokok Cinnamomum Camphora merupakan tumbuhan semula jadi yang hanya terdapat di Taiwan. Ia mempunyai batang yang besar dan keras. Bunganya bersifat melekit untuk menarik perhatian serangga dan rama-rama. Pendebungaan sesama pokok induk sukar dapat dilakukan kerana bunganya berkembang di puncak pokok dan mudah dirosakkan oleh angin yang kuat. Pengkulturan melalui biji benih juga adalah sukar kerana biji benihnya selalu dimakan oleh burung atau haiwan. Oleh itu, Pokok Cinnamomum Camphora jarang didapati tumbuh semula di kawasan hutan semula jadi. Meskipun benihnya menjadi matang dan terjatuh di tanah, ia juga sukar dapat bercambah akibat kekurangan sinaran matahari dan dilitupi lapisan daun gugur yang menebal di permukaan hutan.

Pokok Cinnamomum Camphora terdiri daripada pelbagai spesies. Kami mengunjungi habitat asal pokok Cinnamomum Camphora untuk mengumpul anak benih atau tunas pada bahagian akar atau dasar pokok induk. Pokok Cinnamomum Camphora memerlukan persekitaran pertumbuhan yang sesuai di mana tanahnya sederhana lembap, mempunyai saliran yang baik, mengandungi sedikit batu dan banyak humus (bahan reput). Pokok Cinnamomum Camphora mampu menunjukkan pertumbuhan lebih pesat pada peringkat awal. 

Oleh kerana pokok Cinnamomum Camphora sukar ditanam menggunakan biji benih, kami telah mengkaji kaedah peladangan aseksual sejak sedekad lalu dan kini menguasai teknik terpenting dalam proses penanaman Pokok Cinnamomum Camphora. Anak benih Pokok Cinnamomum Camphora sangat kuat, pucuk dan akarnya biasanya mempunyai daya percambahan yang tinggi, dan mencapai kadar pengeluaran akar sekitar 10-15%. Namun demikian, kadar ini masih belum mencapai keperluan pengeluaran kami. Oleh itu, anak benih generasi pertama akan ditanam di tapak semaian khas, di mana biji benih daripadanya akan diambil untuk pengkulturan. Cara ini bukan sahaja dapat mencapai purata kadar pengeluaran akar yang setinggi 70% dan ke atas, malah juga boleh ditanam secara besar-besaran di dalam rumah hijau berbentuk terowong atau rumah hijau yang dilengkapi dengan sistem semburan automatik. Setakat ini, kami telah berjaya menemui lebih 10 jenis teknik pengkulturan pokok Cinnamomum Camphora.

Kulat Antrodia Cinnamomea
Sejenis Kulat Khasiat Perubatan

Kulat Antrodia Cinnamomea atau Niuzhang Zhi dalam bahasa Mandarin, juga dikenali sebagai “Raja Kulat Khasiat Perubatan”. Tumbuhan semula jadi di Taiwan ini terkenal sebagai “Kulat Yin dan Yang” dalam kisah dongeng tempatan. Kemujarabannya telah lama diketahui oleh masyarakat orang asli di kawasan pergunungan Taiwan yang menganggap kulat Antrodia Cinnamomea sebagai penawar rahsia yang disokong oleh banyak testimoni daripada pengguna yang pernah mencuba dan merasai keajaibannya. 

Kulat Antrodia Cinnamomea liar biasanya dijumpai pada batang Pokok Cinnamomum Camphora yang hanya tumbuh di kawasan tanah tinggi pada paras 450 hingga 2000 meter dari aras laut. Tempoh pertumbuhannya adalah antara bulan Jun hingga Oktober. Ia merupakan spesies tumbuhan yang hampir pupus akibat penebangan secara berleluasa untuk memenuhi permintaan yang tinggi dari bidang pengukiran, pembuatan perabot dan minyak kapur barus. 

Atas sebab ini, Pokok Cinnamomum Camphora telah disenaraikan sebagai spesies tumbuhan pemuliharaan berstatus Khazanah Negara di Taiwan.

Selain teknik pengkulturan pada batang pokok, syarikat-syarikat bioteknologi juga menggunakan teknik pengkulturan dalam cecair dan pepejal untuk menanam kulat Antrodia Cinnamomea. Kedua-dua kaedah tersebut dapat menghasilkan suplemen kesihatan yang lebih murah harganya tanpa melibatkan penebangan pokok. 

Ramuan Utama

Kulat Antrodia Cinnamomea mengandungi lebih 200 jenis ramuan bioaktif, termasuklah triterpenoid, polisakarida, SOD (Superoksida Eismutase) dan adenosina. Hasil analisis dan kajian klinikal menunjukkan bahawa semakin tinggi kandungan ramuan bioaktif di dalamnya, maka semakin tinggi kesannya dalam mencegah kanser, melindungi hati dan paru-paru, serta merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular dan selebrovaskular.

Polisakarida: Kandungan polisakarida dalam kulat Antrodia Cinnamomea pada peringkat Sporocarp hanya sekadar 2%, iaitu lebih kurang sama dengan polisakarida yang terkandung dalam kulat biasa. β-glukan sebagai kandungan utama di dalamnya berfungsi untuk mencegah dan mengawal pertumbuhan tumor, serta menguatkan imuniti tubuh. β-glukan bertindak untuk merangsang makrofaj, limfosit T, limfosit B dan sel pembunuh semula jadi yang bertindak merencatkan tumor melalui peningkatan imuniti. Polisakarida dalam kulat Antrodia Cinnamomea juga boleh menguatkan jantung, menurunkan tekanan darah dan menurunkan paras gula dalam darah.

Triterpenoid: Triterpenoid mampu merencatkan pertumbuhan sel tumor, membunuh sel leukemia dalam tikus, menyekat fungsi parasimpatetik dan mempengaruhi serotonin, serta merangsang pertumbuhan sel saraf. Ia memainkan peranan yang lebih penting berbanding polisakarida dalam bertindak sebagai fungsi antikanser. Ia berkesan untuk merencatkan tindakan Enzim Pertukaran Angiotensin (ACE) dan menurunkan tekanan darah.

SOD (Superoksida Eismutase): SOD adalah enzim utama yang berfungsi untuk menyingkirkan spesies oksigen reaktif dalam tubuh, mengawal pathogenesis dan melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia berkesan sebagai antipenuaan dan antikanser dengan menghapuskan radikal bebas.

Asid Nukleik: Mengandungi adenosina dan asid nukliek dengan faktor fisiologi yang penting. Adenosina berfungsi untuk menyekat pengumpulan platelet dan mencegah pembentukan gumpalan darah, arteriosklerosis dan penyakit kardiovaskular yang lain.

 

Penanaman Kulat Antrodia Cinnamomea

Penggunaan keratan batang Pokok Cinnamomum Camphora tidak menjamin pertumbuhan kulat Antrodia Cinnamomea. Ia perlu dirangsang dengan kaedah saintifik yang menyerupai alam semula jadi. Batang pokok haruslah melalui proses penebangan, pembersihan, penjemuran, pemanasan tekanan tinggi, pensterilan menggunakan sinar UV. Proses terakhir yang paling penting ialah pengkulturan medium induk kulat, di mana benih (spora) kulat Antrodia Cinnamomea akan disuntik ke dalam batang kayu.

Proses Pengkulturan:

  1. Di dalam bilik kultur, benih induk Antrodia Cinnamomea akan disemburkan secara sekata pada serpihan kayu, yang kemudiannya disusun secara sekata pada lapisan permukaan keratan batang Pokok Cinnamomum Camphora.
  2. Suhu dalam bilik kultur akan diturunkan untuk membolehkan benih memasuki bahagian tengah keratan batang yang telah diproses di bawah keadaan suhu dan tekanan yang tinggi.
  3. Udara panas akan ditiupkan untuk mengekalkan kehangatan dalam bilik bagi menggalakkan pertumbuhan benih di bahagian tengah. Selepas kira-kira 3-6 bulan, miselium kulat akan membentuk satu lapisan nipis berwarna kuning pada permukaan kayu.

Selepas 3 langkah pengkulturan di atas dilakukan selama 3 tahun, lapisan kuning nipis pada permukaan kayu akan bertukar menjadi merah. Terhasillah “Sporocarp” (atau tubuh buah) yang mempunyai ciri yang setara dengan kulat Antrodia Cinnamomea liar.

1. Batang Pokok Cinnamomum Camphora

2. Memotong, membersihkan dan menjemur di bawah cahaya matahari secara semula jadi.

3. Merendam dan merawat dengan proses pensterilan tekanan tinggi.

4. Menyembur benih induk kultur

5. Pengkulturan

6. Pembentukan kulat

Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Produk

CCT Biotech mengutamakan penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti, selamat dan berkesan. Pusat penyelidikan, pembangunan dan penanaman kami terletak di Central Taiwan Science Park (CTSP), Taiwan, di mana kami menggabungkan tiga fungsi teras yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran bahan mentah dan analisis jaminan kualiti. Pada bulan Ogos 2009, kami memperoleh kelulusan daripada penilaian dan pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh National Science Council (NSC) dan enam universiti di Taiwan. Kami merupakan syarikat pertama di CTSP yang membawa “teknologi penanaman” dan “teknologi pengkulturan pepejal” baharu untuk Antrodia cinnamomea. Pada bulan November 2011, syarikat kami telah mendapat pengiktirafan ISO22000/HACCP untuk proses pengeluaran antarabangsa. 

Kami menggunakan teknologi penyimpanan nitrogen cair bersuhu ultrarendah (-196˚C). Bahagian pemeliharaan kami juga bekerjasama dengan institut akademik untuk mengenal pasti parameter pengaktifan dan keadaan terbaik yang diperlukan untuk pemeliharaan. Kini terdapat lebih 300 spesies Antrodia cinnamomea yang disimpan di dalam bank simpanan syarikat. Pusat pembiakan kami juga menggunakan kulat dan cendawan untuk menyemai lebih banyak spesies sumber bakteria bagi tujuan mencari spesies aktif lain yang boleh digunakan dalam pengeluaran pada masa depan.

Empat Teknologi Teras Dan Pengenalpastian Kulat

Empat Teknologi Teras

1

Teknologi pemeliharaan, penapisan dan menaik taraf ramuan aktif Antrodia cinnamomea

2

Teknologi baharu untuk pengkulturan Cinnamomum camphorata untuk penanaman Antrodia cinnamomea

3

Teknologi penyediaan kultur pepejal yang sesuai untuk menghasilkan miselium Antrodia cinnamomea

4

Teknologi pengesan komposisi kimia dan teknologi analisis aktiviti biologi

Pengenalpastian Kulat

  1. Institute of Food Industry Development Corporation – mengenal pasti dan menyimpan laporan serta sampel dengan selamat
  2. National Taiwan University, Institute of Biological Resources and Agronomy Laboratory Management Division – menyediakan laporan pengenalpastian sampel
  3. Institute of Microbiology, Chinese Academy of Sciences – mengenal pasti jenis bakteria
  4. NCBI GenBank dengan kerjasama National Institutes of Health (NIH) – mengenal pasti spesies unik berdasarkan rDNA Antrodia cinnamomea
  5. Netherlands Centraalbureau voor Schimmelcultures (CBS) – mengenal pasti dan menyimpan laporan serta sampel dengan selamat
  6. The American Type Culture Collection (ATCC) – menyimpan sampel dengan selamat

Penilaian Profil Keselamatan Produk

Untuk menghasilkan “produk yang terbukti hebat”, kami juga menggunakan teknologi penyelidikan dan teknik pengeluaran secara saintifik untuk menyokong proses pengkulturan terkini – bermula daripada pengumpulan anak benih sehingga pengeluaran GMP.

Teknologi R&D dan teknik pengeluaran secara saintifik:

1. Pemilihan dan penanaman anak benih yang berkualiti

2. Amalan makmal yang baik

3. GMP untuk pengeluaran produk

Pengumpulan bahan mentah yang berkualiti

Bebas daripada racun perosak dan sisa logam berat

Pemekatan
ekstra

Teknologi pengekstrakan yang canggih untuk memekatkan ramuan bioaktif berdasarkan prinsip perubatan Cina Tradisional.

Pengenalpastian ramuan

Mengenal pasti dan menentukan jumlah semua ramuan bioaktif.

Analisis indeks komposisi

Menyaring dan melaraskan ramuan bioaktif pada nisbah yang bersesuaian dengan formula produk

Ujian
keberkesanan

Memastikan produk memberi kesan penjagaan kesihatan yang dijangkakan

Protokol ujian CCT Biotech telah dipatenkan untuk penanaman di negara-negara lain. Ia bertindak sebagai profil keselamatan saintifik yang telah diluluskan oleh SGS untuk aspek keselamatan dan keberkesanan produk. Laporan ujian pula akan diterbitkan dalam jurnal-jurnal kesihatan.