CCT Biotech

Penemuan Saintifik Berorientasikan Kesihatan

Perusahaan Terulung Yang Mengkhusus Dalam Pengkulturan Dan R&D Kulat Antrodia Cinnamomea

CCT Biotech merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam pengkulturan dan R&D berkaitan kulat Antrodia Cinnamomea. CCT Biotech mencetus revolusi pendekatan Pemasaran Berbilang Aras (MLM) dalam industri. Sejak penubuhannya di China pada tahun 2015, CCT Biotech telah berkongsi kepakarannya dalam pengkulturan kulat Antrodia Cinnamomea bersama para pengusaha bagi membantu mereka menggandakan keuntungan, serta berkongsi kekayaan dan kejayaan melalui cara yang paling pantas. 

Ibu pejabat CCT Biotech terletak di atas sebidang tanah seluas 35 ekar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk, latihan dan pembelajaran, serta menerima kunjungan kumpulan pelancong. Kemudahan bioteknologi ini juga dilengkapi dengan makmal bioteknologi yang canggih dan ladang penanaman kulat Antrodia Cinnamomea yang berteknologi tinggi.

CCT Biotech berpegang teguh pada konsep “Penemuan Saintifik Berorientasikan Kesihatan” dan mempunyai pakar-pakar dalam pelbagai bidang, khususnya dalam bidang bioteknologi, penyelidikan dan perubatan berkaitan kulat Antrodia Cinnamomea. Kumpulan pakar ini sentiasa komited untuk meningkatkan teknologi pengkulturan kulat Antrodia Cinnamomea serta membangunkan penyelidikan produk dari semasa ke semasa. 

Empat Prinsip Utama

Kami mendukung falsafah “Mencipta Dan Berkongsi Kebebasan Kewangan Yang Tiada Tandingannya” sebagai konsep teras dalam perniagaan, dan menggalakkan niat baik, cita-cita, tindakan wajar dan aspirasi prestasi. Misi kami untuk membangunkan R&D berkaitan kulat Antrodia Cinnamomea menjadikan kami bertanggungjawab untuk mempromosikan kesihatan orang awam. 

China Zhen Jun Tang Group Holdings memilih Malaysia sebagai ibu pejabatnya di rantau Asia untuk meneroka pasaran negara-negara ASEAN yang lain, termasuklah Thailand, Indonesia dan Filipina. Dengan inovasi teknologi dan misi untuk mencipta dan berkongsi kebebasan kewangan yang tiada tandingannya, kami berdedikasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami ke arah kesihatan dan kesejahteraan peribadi serta kehidupan keluarga yang lebih baik. Kami komited untuk menjadikan CCT Biotech sebagai jenama terkemuka yang menggabungkan yang terbaik dari Timur ke Barat di peringkat global!

Lima Misi Utama

1

Berkongsi, makmur dan mencapai kebebasan kewangan bersama-sama

2

Menyediakan produk berkualiti premium untuk membelai kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan

3

Membangunkan jenama kulat Antrodia Cinnamomea terhebat di dunia

4

Menyediakan platform kesihatan dan kekayaan di peringkat global

5

Menyumbang semula kepada masyarakat dan berkongsi kemakmuran ekonomi

Mencipta Masa Depan Yang Lebih Cerah Bersama Anda

Tokoh-tokoh terhebat berganding bahu di CCT Biotech untuk mengembangkan empayar perniagaannya. Antaranya termasuklah Pengerusi syarikat, En. Liu, Wei-Fu, iaitu seorang ahli perniagaan berjaya yang berpengalaman, Pengarah syarikat, En. Zhu Xinyong, yang merupakan seorang pakar pengiklanan dan publisiti, dan Dato’ Tan Too Hou sebagai Pengurus Besar, yang menerajui operasi pemasaran syarikat. 

Berteraskan falsafah perniagaan untuk “Mencipta Dan Berkongsi Kebebasan Kewangan Yang Tiada Tandingannya”, objektif CCT Biotech ialah untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan, dan membangunkan lebih banyak produk penjagaan kesihatan berasaskan kulat Antrodia Cinnamomea. CCT Biotech memperkenalkan pendekatan baharu dengan berkongsi perkhidmatan dan produk melalui sistem MLM untuk meluaskan pasaran dan membolehkan lebih ramai orang menikmati manfaat kesihatan kulat Antrodia Cinnamomea. 

Kulat Antrodia Cinnamomea sememangnya produk yang sangat bernilai! Kami ingin berkongsi manfaatnya di peringkat global di samping meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan lebih ramai orang.

Pengerusi CCT Biotech
En. Liu, Wei-Fu

En. Liu merupakan Pengerusi CCT Biotech dan China Zhen Jun Tang Group Holdings. Beliau berasal daripada keluarga yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan menceburi bidang jualan setelah menamatkan khidmat ketenteraannya. Beliau meminati pekerjaan yang membolehkan beliau menentukan sendiri pendapatan atas hasil usaha sendiri dan berjaya bergelar jutawan seawal usia 25 tahun. Beberapa perniagaan pemula membuatkan beliau bertekad untuk merebut peluang perniagaan jangka masa panjang yang mampu menerajui pasaran. Pada tahun 2014, beliau memperkenalkan “Khazanah Taiwan”, iaitu spesies kulat Antrodia Cinnamomea ke pasaran negera China. Beliau menguasai pasaran dengan model perniagaannya, “Pelan Petani Kaya” yang menumpukan kepada pengkulturan dan penanaman kulat Antrodia Cinnamomea. Di bawah pimpinan beliau, CCT Biotech berjaya menubuhkan pusat jualan dan tapak pengkulturan di 21 buah wilayah di seluruh China dalam masa 2 tahun sahaja!

Pengarah CCT Biotech
En. Zhu Xinyong

En. Zhu ialah Pengarah CCT Biotech dan Ketua Pegawai Eksekutif Fujian Zhen Jun Tang Biotechnology. Meskipun beliau merupakan graduan jurusan Perindustrian dan Kejuruteraan Seni Bina, minat beliau yang mendalam dalam bidang pengiklanan telah mendorong beliau memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan dan media. Beliau menubuhkan Studio Pengiklanannya yang pertama pada tahun 1999 dan memperoleh banyak pengalaman berkaitan pengurusan dan perancangan pemasaran selama 15 tahun dalam industri ini. Beliau kemudiannya bertemu dengan En. Liu, Wei-Fu secara kebetulan. Mereka berkongsi falsafah perniagaan dan matlamat yang sama dan membuat keputusan untuk menubuhkan empayar perniagaan yang mengkhusus dalam perniagaan kulat Antrodia Cinnamomea. Mereka bersungguh-sungguh ingin menyumbang kepada kesihatan orang awam di Taiwan dan China dengan mewujudkan perniagaan yang benar-benar berdedikasi dalam meningkatkan kesihatan dan kekayaan semua.

Pengurus Besar
Dato’ Tan Too Hou (DIMP)

Dato’ Tan berasal dari Malaysia dan mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam industri pemasaran rangkaian, diperakui dan dinobatkan sebagai ‘The Executor’.  Beliau telah menempuh cabaran demi cabaran dengan daya usahanya sendiri, sehingga berjaya mengetuai pasukannya untuk mencapai prestasi yang cemerlang. Kini, pasukan beliau telah berjaya merekrut lebih 10 ribu ahli dalam tempoh 5 tahun sahaja, iaitu dari Malaysia, Taiwan, Jepun, Australia dan New Zealand dan lain-lain negara. 

Membawa Rahsia Alam Warisan Dari Malaysia Merentasi Sempadan ASEAN

China Zhen Jun Tang Group Holdings adalah ibu pejabat dan perikatan perniagaan CCT Biotech. Pada tahun 2015, Pengerusi Syarikat, En. Liu, Wei-Fu, telah membawa kulat istimewa Taiwan, Antrodia Cinnamomea ke Wilayah Fujian untuk menjadikan Xiamen sebagai pusat untuk menembusi pasaran China, seterusnya mengembangkan perniagaannya ke peringkat global. 

Ibu pejabat operasi China Zhen Jun Tang Group Holdings terletak di Daerah HaiCang, Xiamen. Ia berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pengkulturan, penanaman dan penghasilan produk akhir kulat Antrodia Cinnamomea. Setakat bulan Mei 2017, Syarikat telah menubuhkan sebanyak 178 buah pusat jualan dan ladang kulat Antrodia Cinnamomea di 23 buah wilayah di seluruh China. 

Dalam tempoh 2 tahun, modal berbayar sejumlah 200 juta yuan telah dilaburkan dan perniagaannya telah berkembang merangkumi 4 bidang yang lain, iaitu perladangan, penyelidikan dan pembangunan suplemen kesihatan, kedai jualan dan kilang bioteknologi. CCT Biotech komited untuk mempromosikan kesihatan dan kekayaan orang awam di Taiwan dan China.

Berkongsi Ekonomi Menjanjikan Masa Depan Yang Lebih Cerah

Pengasas yang berwawasan tinggi telah mencipta peluang perniagaan yang hebat berasaskan nilai sokongan dan semangat kerja berpasukan. CCT Biotech telah menyediakan sistem pemasaran yang sempurna untuk manfaat ahli-ahli kami. Kami menganggap setiap pengedar sebagai rakan niaga yang berganding bahu dengan pihak syarikat dan bersama-sama berkongsi kemakmuran.

Mulai tahun 2018, CCT Biotech berhasrat untuk meneroka pasaran di rantau Asia dengan menempatkan ibu pejabatnya di Malaysia. Pada tahun 2020, kami menjangkakan dapat menubuhkan ribuan pusat pengalaman luar talian. Sementara itu, kami juga berusaha untuk menembusi pasaran Wilayah Greater China, termasuk negara China dan Taiwan.

Kami berhasrat untuk mengembangkan perniagaan CCT Biotech ke negara-negara Asia Timur Laut menjelang tahun 2021. Selaras dengan inisiatif “Satu Jalur, Satu Jalan” (One Belt, One Road), kami juga ingin mengembangkan empayar ke ASEAN, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Tenggara dan Eropah. Dengan memperkenalkan kulat Antrodia Cinnamomea ke seluruh dunia, visi kami adalah untuk menjadi syarikat peneraju dalam industri penjagaan kesihatan.